Wednesday, November 6, 2013

Tanam Anggur Berjaya



Shout Awards Giveaway Tickets 2013 den terlepas nak menang tiket dari blogger maryahana Impian Hanya Tinggal Impian (entah betul ke x aku pon hentam saja).Dia ada buat kontes utk menang tiket2 tu, tapi takpelah bila diingat balik Sabtu ni xfree so tahniah pada yang menang tiket tersebut.Enjoy the awards okeh.

Kembali senyum ke kembali bersedih? Ok, now kembali menganggur tapi mungkin bukan penganggur yang asik2 tanam anggur xjadi kot. Kali ni aku x bekerja dan takkan nak bekerja makan gaji. Sebab apa, aku dh follow MASMED punya program keusahawanan under UITM. walaweh! Mimpi hampir nak jadi kenyataan. One step closer kata si Christina Peri Peri. ^^

Ok now planning untuk majukan bisnes je, bajet je an. Xde skrg tgh step one. Basic dalam perniagaan. Wahaha tengok tu. Gempak tak business konon. Harap2 kali ni berjaya la tanam anggur kat bank.

Buat masa sekarang aku sangat2 free diselang seli dengan beberapa aktiviti yang kurang menyenangkan perut muncet aku ni. Cooking and baking la apa lagi. Tapi mana nak buang filem study aku an. Still dlm bidang filem actually (poyo gile) tapi kali ni maybe buat sementara ni aku lari sikit dri landasan dan mungkin buat comeback (bahahhhahaha) 10 tahun akan dtg dengan senaskah skrip yang bijak dan cantik comel seperti Lisa. 

dah 12:11 apa pon xbuat lagi nih, so babai.

Tuesday, October 15, 2013

Selamat Belajar Untuk Diri Sendiri.


Selamat Hari Raya Haji untuk semua muslimin dan muslimat semua.

Dari malam tadi sampailah pagi tadi baru benti diorang bagi mesej raya, maybe dah letih nak menaip or carik idea pantun2 raya. Macam2 pantun ada. Yang penting kambing, lembu, sapi tak boleh nak berpantun sbb hari ni diorang kena korban.sobs sobs..tak sanggup nak tengok muka lembu2 ni nangis. Habis je time solat raya, agak2 jam 9.00 am semua sedara2 dari Klang ada, Kajang ada, Petaling Jaya turun Shah Alam beraya sama. Lepas puas membuncitkan lagi perut yang sedia buncit ni, masa untuk zzZZZZZZZZZZZ.

Malam ni dapat semangat lagi nak blaja cmne edit2 guna software yang bikin panas. Surfing blog2 and jumpa satu blog yang bagi tutorial pasal cmna nak buat header yang anggun menawan. ini dia  link header anggun menawan tu. siapa2 yang nak tengok header or malas nak buat header sendiri tekan je link tu bleh dapat banyak header baru.

Hasil daripada pembelajaran tu, ha..taraa..



ini first time aku blaja buat header, bukan buat header just tambah2 je apa yang nak.

seterusnya...


yang ni belum ada idea lagi nak isi apa...ingat nak isi gambar sendiri dalam petak kosong kaler puteh tu tapi huarghhh still xreti mcmana nak letak gambar dalam tu...



dan yang pink  ni jugak jadi pilihan,sebab dia contra dengan kaler background kat blakang blog...

dan seterusnya aku terlupa mcmana nak letak nuffnang punya box iklan kembali ke dalam blog ni. skrg tgh try2 nak cari cmna nak majukan blog ni supaya nice and matured macam tuan dia. (ehem2)


ok. next is....nak citer jugak drama Korea terbaru aku baru layan. Bukan baru ditayang tapi aku yang ketinggalan train baru nak layan drama ni. Jang jang jang..nama dia 
A GENTLEMANS DIGNITY!

Nah hahah! Layan citer  ni walaupon hero2 dia mid ages semua. Tapi yang penting semua hensem2. Lagi2 si Kim Min Jong ngan si hensem Jang Dong Gun oppa. Sorry ar sapa yang rasa geli2 plak an aku layan korea ni, memang dulu aku xlayan and bila ada kawan kelas yang layan korea ni n slalu citer2 rasa meluat. Tapi itu dulu.Sekarang aku terkena virus tu jugak. Huwahuwahuwahuwa....

Okay lah sampai sini je citer harini..sambung balik layan AGD.wooahooo.




Monday, October 14, 2013

Sandiwara Blog.



Sini ingin ku sampaikan pada kalian (xde org pon), blog ini sangatlah huduh rupanya. Tengoklah header dia kaler pink tapi tak sesuai langsung dengan  aku sendiri. Wahh stress. Buat header je dah 2-3 jam. Kenapa.Tim Kaiiii? auhh rasa bengong. Sakit hati aku last2 lantak kau lah kaler apa pon aku xreti nak buat semua ni..dh cukup bersabar ni.

 EEE,ada bau daging kicap tgh hangus kat dapur sapa punya la. 
 
Esok hari raya haji, family jauh nun disana. Kakak abang anak sedara sepupu sepapat pulak dah tido, ayam daging sudah settle di masak tunggu untuk dibaham je. Duduk flat polis ni memang tak bleh nak tidur awal kalau ada sambutan macam ni, almaklumlah orang tengah cuti semua.Rumah lebih kurang sekangkang jarak, boleh dengar apa diorang gosip2.Aku baru nak layan RunningMan,tapi belum ada lagi episod 167 kat kshownow.

Bosan tengok blog ni rasa nak delete pun ada, tapi time macamni bosan2 boleh la layan nak menaip entry ngarut2. Sebenarnya, dua tiga malam lepas termimpikan someone.Jauh no roh ni merayau2.Mimpi sampai dua malam berturut2. Dan aduhh..manis2 aja dong mimpinya.*gile.

Ya udahlah, capek udah mau nulis2 disini. 


Thursday, July 25, 2013

123.Its Start.



16 days of ramadhan. Counting days nak fly balik Sarawak. But...aku xtau either perlu rasa giler babeng punya happy ke or nak rasa biasa2 je. Gila kalau nak rasa biasa2 je an nak balik home land kot.Tapi kalau happy sesangat mesti buat sakit jantung lemah pundi segala bagai.Why? Balik rumah sendiri kot.Ish2, bukan tak sudi just not ready yet nak mengadap datin2 seri paduka punya soalan yang bleh kalah MELETOP!


SOALAN-SOALAN FAMOUS AMOUS.

1. DAH HABIS STUDY KE BELUM NI?LAMA BEBENOR STUDY.KE. (AYAT DIA AKAN TERGANTUNG DAN BUAT MUKA MCM NAK MINTAK KAKI)

2. AI MAKIN LAMA MAKIN GEDE*** KAMU NI. MAKAN APA? (HAI SAH2 MAKAN NASI (+_+')

DAN BANYAK LAGI SOALAN2 YANG SEKUTU DENGANNYA. 


Tapi.Bukan soalan2 ni yang jadi punca. Punca utama masalah ni is ermm..apa eh..sebenarnya an,malas nak apa ha.erm.Malas nak cerita. Yang penting sekarang ni aku ni xdak kerja okeh. Penganggur saja. Takda kerja.Duduk rumah main game. Tidur.Dan bla bla bla. Takda satu pun faedah aku dapat ini kan pulak pahala di bulan mulia ni. Masa tengah belajar sebok gatai2 nak cepat habis study tapi dah habis cenggini pulak gaya dia.

Ada sama sikit. Macam ni lah rupa aku sekarang.



eh, lagi satu. Akibat terlebih masa yang tak diguna pakai dengan baik aku ni ttbe jadi kaki 'stalker'. Wahahahahahaha! Habis semua ceruk 'si handsome' aku dah tau. Boleh join CSI. Wah ttbe rasa hebat gila dalam tenet, ekekeke. Okeh yang itu je buat aku happy, selain hampir hari2 aku tgk si MARU THE CAT dari Jepun tu kat Youtube. 

Okay cau cinsi.